Ikrar perkukuhkan lagi agenda GRPB negeri

Admin
LIM Siew Khim

PADA Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) lalu, Lim Siew Khim berjaya mempertahankan kemenangannya bagi kerusiDewan Undangan Negeri (KADUN) N.30 Sungai Pinang dengan majoriti 8,288 undi.

Pada pilihan raya umum sebelum itu (tahun 2018), beliaumenang di N.30 dengan majoriti 10,388.

Selama menjadi wakil rakyat, Siew Khim dikenali sebagaiantara ahli politik wanita lantang dalam isu berkaitan gender terutama yang menyangkut soal kedudukan golonganberkaitan di negeri ini.

Siew Khim mengangkat sumpah terimaan jawatan Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada 16 Ogos lepas di depan Yang Dipertua Negeri PulauPinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri dekatDewan Sri Pinang.

Baru-baru ini, wartawan ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, SITI NURATIKAH RAHMAH berjayamemburu masa Siew Khim di pejabat dekat Komtar untukmengetahui perancangan serta wawasan Exco berkenaan.

Memulakan bicarawara, Siew Khim menyatakan bahawasejak penggal pentadbiran PRU14 lagi, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan mantan Exco sebelum ini, Chong Eng telah berusaha melaksanakan Dasar KeterangkumanGender.

Di bawah dasar tersebut, beliau berkata bahawa semua ketuajabatan dan agensi Kerajaan Negeri akan berusahamembangunkan kapasiti kelompok sasar, menyediakanpemerolehan Data Mengikut Jantina (SDD) dan Bajet Responsif dan Partisipatori Gender (GRPB) yang mana akandilaporkan dalam mesyuarat mingguan Exco pada waktu itu.

Semasa itu, setiap jabatan dan agensi terlibat perlumemastikan perspektif gender dipertimbang dalam setiapperancangan projek, program serta dasar-dasar lain bagitujuan menggalakkan lagi penyertaan pelbagai pihak.

“Dan, tonggak utama yang menggerakkan GRPB ini sudahtentulah adalah PWDC atau Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

Dengan melihat pelbagai usaha serta pencapaian sehinggakini, sudah tentulah pejabat saya akan menganjurkan lebihbanyak program dan aktiviti bagi mempromosi lagi GRPByang mana kita (Kerajaan Perpaduan Negeri Pulau Pinang) mahu semua orang memahami maksud serta tujuan hakiki di sebalik pelaksanaan GRPB ini,’’ ujarnya.

Mengulas lanjut, Siew Khim menekankan bahawa perkarayang menjadi salah satu tumpuan beliau sebagai Exco sekarang bukan sahaja untuk melaksanakan maksud dan tujuan hakiki di sebalik GRPB, malah Kerajaan Negeri dan PWDC mahu mendengar idea serta cadangan semnua pihakke arah menjadikan Pulau Pinang negeri yang lebih baikuntuk semua gender pada masa hadapan.

“Dari soal (cadangan) pemasangan lampu jalan, mengecatsemula bangunan lama, membina gelanggang bola keranjangdan sebagainya, semua perkara (yang dicadangkan peringkatakar umbi golongan sasar) akan kita ambil peduli secaraserius permintaan mereka,” jelasnya sambil mengharapkansemua pemegang taruh dalam sektor awam dan swasta dapatsaling berganding bahu mahu mengukuhkan lagi pelaksanaanGRPB.

Selain itu, Siew Khim berkongsi bahawa perhatiannya juga masih mahu menumpu kepada usaha melahirkan suasanakekeluargaan yang lebih harmoni dan selamat serta tidakmengancam mana-mana isi rumah terutama gender wanitadan juga anak-anak.

Menurut beliau, selama kira-kira tiga tahun sejak pelaksanaanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan keskeganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan PWDC sendiri adalahbegitu tinggi.

Sungguhpun ketika ini adalah fasa endemik COVID-19 sertaangka kes keganasan rumah tangga tidak lagi setinggisebelum ini, beliau berkata bahawa pejabatnya masih komiteduntuk saling bekerjasama dengan semua pihak bagimemastikan iklim keluarga di Pulau Pinang adalah benar-benar harmoni.

Justeru, kita mahu memberi perhatian lebih khusus mengenaipelaksanaan dasar keluarga selamat melalui inisiatifFirst Support Point’ yang buat pertama kali diluncurkan pada tahun2021 (iaitu semasa fasa PKP lagi).

“(First Support Point) ini pentingapabila sesebuahkeluarga itu dijamin beban dari sebarang bentuk keganasanrumah tangga, bukan keluarga itu sahaja menikmati suasanayang lebih bahagia, malah sekali gus menyumbang kepadausaha mencapai Visi Penang2030 dengan tema Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” ulasnyalanjut.

Siew Khim menambah bahawa setakat ini di Pulau Pinang mempunyai seramai 245 pegawaiFirst Support Point’ yang ditempatkan di 50 lokasi termasuk pusat khidmat wakil rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen), pejabat daerah dan tanah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rumah-rumah ibadat(bukan Islam, RIBI).

“Kita (Pejabat Exco) akan tambah lagi lokasi selepas iniseperti surau, masjid dan pelbagai agensi Kerajaan Negeri supaya mereka (pegawaiFirst Support Point’ yang dilantik) boleh memainkan peranan masing-masing.

Bukan setakat itu sahaja, sebelum ini pun pelbagai bengkeltelah dijalankan untuk pegawai dan sukarelawan menerangkandengan lebih lanjut tentang objektifFirst Support Point’ di samping meningkatkan kemahiran mereka dalammengendalakan kes keganasan rumah tangga,” jelasnya.

Bercakap mengenai usaha mewujudkan iklim kekeluargaanyang lebih harmoni, kata Siew Khim lagi, ia mendorongpejabatnya untuk mempergiatkan usaha pendidikan dan kebajikan anak-anak terutama mereka yang kurang bernasibbaik.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak mahu melihat ada kanak-kanaksampai terpaksa berhenti sekolah ataupun terganggu rutinpersekolahan mereka disebabkan kemiskinan keluarga.

“Jadi, saya akan berusaha memberi tumpuan pada aspekkebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini juga sebaik mungkin melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Mengakhiri bicarawara, Siew Khim menyatakan bahawapihaknya berharap dapat memperkasa lagi agenda pembangunan sosial khususnya gender wanita dan kanak-kanak menerusi pendekatan GRPB.

Tidak dilupakan, beliau turut akan melihat dasar-dasarberkaitan mengenai portfolio Hal Ehwal Bukan Islam, mengikut keperluan semasa peringkat akar umbi ketika ini.