Insentif sebagai pendorong warga Pulau Pinang ke arah Pembangunan Mampan

Admin

Oleh : AHMAD UZEIR AHMAD MURSHID. Eksekutif Program & Projek (Bahagian Anugerah & Insentif) Penang Green Council SELARAS dengan matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggalakkan amalan-amalan lestari di kalangan pihak-pihak berkepentingan dengan memberikan insentif hijau.

Bagi organisasi yang mempraktikkan amalan mesra alam, rebutlah peluang anda untuk menerima insentif hijau sekarang! (1) Insentif sistem pengumpulan air hujan Pulau Pinang (Penang Rainwater Harvesting System Incentive (PRHI)) Hanya 6% daripada jumlah keluasan tanah di Pulau Pinang ditetapkan sebagai kawasan tadahan air, dan ia mampu menampung hanya 20% daripada bekalan air untuk kegunaan minuman di Pulau Pinang.

Selain itu, kebergantungan Pulau Pinang pada sumber air mentah dari Sungai Muda di Kedah adalah tinggi.

Oleh itu, isu jaminan ketersediaan air perlu ditangani dengan segera dan langkahlangkah penjimatan air perlu diterapkan di rumah mahupun pejabat.

Antara contoh penjimatan air yang efisien ialah dengan mengumpul dan menggunakan air hujan untuk tujuan pengepaman tandas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan PRHI untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang isu berkaitan dengan sumber-sumber air.

Semua pemilik bangunan komersial dan kediaman yang telah memasang sistem pengumpulan air hujan layak untuk memohon insentif ini.

Peserta-peserta Program Sekolah Hijau Pulau Pinang juga layak untuk memohon insentif ini mulai tahun ini. Hanya 10 pemohon berkelayakan sahaja akan menerima insentif sebanyak RM500.

Pendaftaran PRHI dibuka sehingga Oktober 2018.

Untuk pemohonan, sila layarai www. pgc.com.my/prhi. (2) Insentif cabaran sisa makanan (FWCI) Setiap hari sebanyak 1,750 tan sisa telah dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung.

Sebanyak 40% daripada jumlah sisa ini merupakan sisa makanan dan keadaan ini sangat membimbangkan.

Langkah-langkah pencegahan seperti pengkomposan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dapat mengurangkan jumlah sisa makanan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah malah juga menangani isu perbahan iklim.

Objektif FWCI adalah untuk menggalakkan pemain industri utama untuk memainkan peranan mereka dalam pemuliharaan alam sekitar, terutamanya pengurangan dan pengalihan sisa makanan.

FWCI ini terbuka kepada pihak kilang, hotel / resort dan institusi yang mempunyai sistem pengurusan sisa makanan.

Permohonan dibuka sehingga Oktober 2018, di mana 10 pemohon yang berkelayakan akan menerima insentif sebanyak RM1,000.

Borang permohonan boleh dimuat turun di www.pgc.com.my/fwci. (3) Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang (PGO) Malaysia telah menghasilkan sebanyak 8.0 metrik tan CO2 per kapita, iaitu 42.5% lebih tinggi daripada negara jiran kita, Thailand.

Bagi mengurangkan penghasilan CO2, prinsip hijau harus diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya di persekitaran pejabat.

Pensijilan PGO berfungsi sebagai alat penilaian untuk membantu pejabat menerima pakai prinsip-prinsip kelestarian, justeru menjimatkan air, tenaga dan memelihara alam sekitar.

Di samping itu, pemohon dari sektor kerajaan dan swasta juga dapat memohon untuk “pensijilan 2 dalam 1 – iaitu Pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang dan Pensijilan Aqua Save dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

Pemohon yang berkelayakan berpeluang untuk menerima insentif sehingga RM5,000 apabila pensijilan semula dijalankan. Permohonan dibuka sehingga Ogos 2018.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari www.pgc.com. my/pgo. Anugerah dan insentif adalah salah satu tunggak utama dalam Penang Green Council.

Selain daripada itu, kami turut memberikan pengiktirafan kepada individu dan organisasi demi pencapaian kecemerlangan alam sekitar di Pulau Pinang.

Anugerah seperti Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang dan Anugerah Kewartawanan Hijau Pulau Pinang juga diberikan di bawah payung besar Anugerah Green Pinang Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahmad Uzeir di 04-2503322 atau e-mel [email protected].