Intipati Bajet 2013 MPSP dikongsi bersama kakitangan

Admin
SEBAHAGIAN kakitangan MPSP mendengar pengumuman dari Maimumah Mohd. Sharif ketika sesi Perhimpunan Korporat kali ke 3 MPSP di sini baru-baru ini.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

BUKIT MERTAJAM -Intipati Bajet 2013 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bakal memberi tumpunan kepada program dan kerja-kerja pembersihan mendahului ucapan Yang Dipertua pada Perhimpunan Korporat Kali – 3 pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua, Maimunah Mohd. Sharif berkata, sebanyak 31 peratus atau RM85.58 juta daripada keseluruhan perbelanjaan Bajet 2013 MPSP bakal ditumpukan kepada aspek pembersihan.

“Selain itu, lapan perkara utama lain yang turut ditumpukan adalah lalulintas (RM10.7 juta), pembangunan insan (RM3.07 juta), keceriaan (RM3.07 juta), mengukuhkan kedudukan kewangan (mendapatkan hasil) (RM17.75 juta), kawalan banjir (RM5.74 juta), perkhidmatan dan komuniti (RM2.14 juta) dan menaiktaraf struktur dan penyelenggaraan (RM8.38 juta),’’ katanya pada perhimpunan
berkenaan di sini baru-baru ini.

MPSP merupakan PBT terbesar dalam negara dan Asia Tenggara bertulang belakangkan 2,000 kakitangan bertugas.

Dalam pada itu, menurut Maimunah, MPSP menyasarkan pendapatan sebanyak RM200.93 juta, perbelanjaan (RM 211.28 juta), manakala defisit (RM10.35 juta).

“Fokus bajet adalah meliputi aspek pembersihan dan kehijauan, mewujudkan eko komuniti, perancangan dan pembagnunan, penguatkuasaan, peningkatan hasil dan penjimatan kos, penyertaan komuniti dalam pengurusan fiskal dan pembinaan kapasiti modal insan.

“Antara peruntukan baru yang diperkenalkan adalah untuk mempertingkatkan kemudahan orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM100,000 dan untuk setiap ahli majlis bagi menampung permintaan di kawasan masing-masing (RM 20,000),’’ jelas beliau.

SEBAHAGIAN kakitangan MPSP mendengar pengumuman dari Maimumah Mohd. Sharif ketika sesi Perhimpunan Korporat kali ke 3 MPSP di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN kakitangan MPSP mendengar pengumuman dari Maimumah Mohd. Sharif ketika sesi Perhimpunan Korporat kali ke 3 MPSP di sini baru-baru ini.