Isteri Ketua Menteri meriahkan sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran Continental

Admin

SEMARAK GIRANG… Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak baru-baru ini, Continental Automotive Malaysia (Continental) berbesar hati meraikan 162 orang kanak-kanak dari pertubuhan kebajikan, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak terpilih di negeri ini.

 

Sambutan yang diadakan di Entopia (Taman Rama-Rama yang terletak di Teluk Bahang) dimeriahkan lagi dengan kehadiran isteri kepada Ketua Menteri, YABhg. Puan Tan Lean Kee.

 

Pada sambutan tersebut, Lean Kee turut menyampaikan mesej agar ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti luar untuk perkembangan minda yang lebih baik dan tidak hanya memberi gajet seperti telefon pintar.

 

“Aktiviti luar atau riadah adalah lebih baik dan lebih sihat dalam mencapai perkembangan minda yang lebih positif,”  ujarnya.

Hadir sama, Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee dan Pengarah Urusan Continental, Carlos Cano.

 

Selain lawatan, kanak-kanak yang diraikan juga terlibat dengan permainan-permainan menarik yang diatur khas sempena sambutan berkaitan di sini.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN