BERAPIT – Isteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara, YABhg. Puan Tan Lean Kee hari ini menyampaikan 25 hamper kepada pesakit kanak-kanak di Wad 1, Hospital Bukit Mertajam.
Bercakap kepada pemberita, beliau memuji dedikasi sekalian kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di hospital yang berusia kira-kira 135 tahun tersebut.
“Hospital ini bukan sahaja berdedikasi dalam merawat pesakit, malah secara aktif turut mempromosikan inisiatif pembangunan mampan.
“Pada ulang tahun ke-135 tahun ini, mereka telah dianugerahkan ‘Anugerah Hospital Paling Lestari’ sulung pada Anugerah Pengurusan Hospital Asia 2025 (yang mana) ini satu peristiwa penting,” jelasnya di sini pada 15 Oktober 2025.
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee; ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze; dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Rachel Teh Chuann Yien; mantan ADUN Padang Lalang, Dato’ Seri Chong Eng; dan beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan turut turut sertai lawatan muhibah tersebut.
Sebelum pada itu, delegasi Lean Kee diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Hospital Bukit Mertajam, Dr. S. Prashant mengenai cadangan projek penaiktarafan Klinik Psikiatri di sini yang dianggarkan menelan belanja RM1.8 juta.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD