Isu berbangkit kariah Masjid Jamek Teluk Bahang bakal diteliti

 GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengerusi Kariah Masjid Jamek Teluk Bahang, Zuki Hasan dekat Komtar di sini sebentar tadi.

 


Beliau bersama-sama delegasi merupakan lantikan baharu dalam menguruskan kariah Masjid Jamek Teluk Bahang untuk tahun 2023/2024.

 

Dalam pertemuan 30 minit tersebut, antara perkara dibangkitkan Zuki adalah berkaitan kerja-kerja pembinaan jambatan di Jalan Hassan Abas, keselesaan masjid yang perlu dipertingkatkan, nelayan, kebersihan dan juga infrastruktur jeti untuk ke Taman Negara.

 

 

 

Justeru, Kon Yeow dalam reaksinya menyatakan bahawa pihaknya akan meneliti semua permasalahan berbangkit dengan agensi-agensi bertanggungjawab dalam memastikan isu-isu berbangkit mendapat perhatian sewajarnya.

 

 

Hadir sama, Setiuasaha Kariah Masjid Jamek Teluk Bahang, Muhammad Danial Azhar dan barisan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD