Isu daftar identiti antara fokus kunjungan hormat JPN kepada Ketua Menteri

Admin
5b57b20f aa5d 427c 9d41 af35b130dbf7 HUZAIMI Ghazali (kiri) beberapa isu berbangkit berhubung operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pulau Pinang semasa mengadakan kunjungan hormat Ketua Menteri di Komtar pada 12 Januari 2025.

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pulau Pinang, Huzaimi Ghazali hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Ketika ditemui selepas itu, Huzaimi memberitahu bahawa beliau turut berkongsi mengenai beberapa isu berbangkit mengenai pengurusan serta penyediaan data di pejabat JPN negeri.

“Selain memperkenalkan diri sebagai Pengarah JPN Negeri Pulau Pinang yang baharu, saya juga ada memaklumkan beberapa isu berkaitan isu pendaftaran identiti penduduk Pulau Pinang.

“Di samping itu, kita juga berbincang dengan Y.A.B. Ketua Menteri berhubung kaedah pelaksanaan berkaitan urusan pendaftaran identiti ini,” jelasnya kepada Buletin Mutiara di sini pada 12 Januari 2025.

Selain itu, Huzaimi menyatakan bahawa JPN Negeri Pulau Pinang berharap Bahagian Penerangan Pejabat Ketua Menteri termasuk bilik berita Buletin Mutiara dapat membantu proses hebahan urusan berkaitan termasuk penggantian kad pengenalan yang akan diumumkan kelak.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI