Isytihar harta bukti pimpinan negeri serius julang integriti CAT

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Langkah berani pengisytiharan aset pucuk pimpinan telah menjulang nilai integriti selaras dengan prinsip kepimpinan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Tindakan tersebut, lazimnya, telah memperoleh pelbagai reaksi daripada masyarakat umum dan juga pucuk kepimpinan sendiri.

SHUKRI Abd. Wahab
SHUKRI Abd. Wahab

Menurut ahli perniagaan, Shukri Abd. Wahab, 46, beliau berpendapat bahawa inisiatif tersebut adalah bagus dan sejajar dengan prinsip CAT yang diamalkan Kerajaan Negeri.

Selain itu, ia juga langkah ‘precaution’ (berhati-hati) bagi menghindari keinginan untuk terlibat dengan gejala rasuah.

“Langkah tersebut (pengisytiharan aset) menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membentuk pentadbiran yang telus dan boleh diharapkan oleh rakyat. Mudah-mudahan, ia akan menjadi contoh kepada Kerajaan Negeri yang lain,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Baru-baru ini, bagi memenuhi amanah peribadi dan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab politik masing-masing supaya rakyat maklum akan ketelusan yang dilakukan, barisan pucuk pimpinan diketuai Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng telah mengisytiharkan aset masing-masing kepada umum.

Lanjutan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah melantik Syarikat KPMG iaitu salah sebuah konsultan perakaunan yang bertanggungjawab menguruskan segala prosedur pengisytiharan aset oleh kepimpinan Kerajaan Negeri bermula Mac 2008 sehingga 31 Disember 2011.

Selain pengisytiharan aset, Ketua Menteri turut mencadangkan enam langkah intergriti termasuk mengharamkan pembabitan exco dalam sebarang bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik.

DIA Zamani.
DIA Zamani.

Bagi pekerja swasta, Dia Zamani, 29, beliau menyatakan bahawa inisiatif Kerajaan Negeri tersebut adalah sebagai langkah bagi mengelakkan terjadinya pemindahan wang ‘bawah meja’ yang boleh mengaburi mata masyarakat.

Beliau dalam pada itu, turut berharap supaya barisan-barisan kepimpinan negara akan mengikut jejak langkah sama kerana baginya hasil karya agung dunia pun bermula dengan satu titik dari mata pena.

Seorang guru, Umapathy Maran turut menyokong dan bersetuju dengan langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Negeri.

Salute (Tabik) buat Pakatan Rakyat PP (Pulau Pinang),” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi ketika diminta mengulas mengenai inisiatif berkenaan menyatakan bahawa segalanya jelas dan nyata seperti yang diberikan.

Layari http://www.penang.gov.my untuk senarai pengisytiharan aset Exco-exco Kerajaan Negeri.

KETUA Menteri bersama barisan Exco Kerajaan Negeri menunjukkan salinan penyata pengisytiharan harta masing-masing di majlis sidang akhbar di Komtar di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri bersama barisan Exco Kerajaan Negeri menunjukkan salinan penyata pengisytiharan harta masing-masing di majlis
sidang akhbar di Komtar di sini baru-baru ini.