Jambatan Kedua PP bakal surai 30 peratus trafik sedia ada

K E A D A A N Jambatan Pulau Pinang Kedua ya n g m a s i h dalam proses pembinaan dari arah laut
KEADAAN Jambatan Pulau Pinang Kedua ya n g m a s i h dalam proses pembinaan dari arah laut

BATU MAUNGPenyuraian trafik kepada dua hala di Jambatan Kedua Pulau Pinang membabitkan bahagian pulau negeri ini dijadualkan bermula pada tahun hadapan.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng menyatakan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan RM262 juta bagi menaiktaraf Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu bermula dari Jambatan Kedua Pulau Pinang hingga jambatan yang sedia ada kini.

“Selain itu, RM161 juta juga telah diperuntukkan bagI menaiktaraf laluan dari Jambatan Kedua Pulau Pinang (Batu Maung) ke Teluk Kumbar di sini,” katanya ketika mengadakan Lawatan ke Tapak Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Hock Seng memaklumkan bahawa projek baru tersebut sama sekali tidak akan mengganggu aliran lalulintas sedia ada sepanjang jajaran Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang dijangka siap setahun selepas penyempurnaan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang September tahun depan (2013).

“Kami menyasarkan Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dapat menyuraikan 30 peratus kesesakan yang ada pada jambatan sekarang yang menampung penggunaan 700,000 kenderaan sehari,’’ jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Pembinaan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Hamizol Ngah berkata, status projek yang 84.3 peratus siap kini adalah mendahului jadual asal ditetapkan.

“Kita berada dua bulan di hadapan dan menyasarkan 90 peratus kerja akan siap pada penghujung tahun ini.

“Jika projek ini berjalan lancar, kita jangkakan sambungan konkrit terakhir sebelum ditar bakal disempurnakan pada April depan,” ujar beliau.

Jambatan sepanjang 24 kilometer yang mempunyai jangka hayat selama 120 tahun bakal menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Penggunaan getah sesimik (High Damping Rubber Bearing) pada struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang telah mengukuhkan kedudukannya di samping mampu ‘menyerap’ gempa bumi sehingga 7.5 pada skala Ritcher.