Jamuan buah-buahan tempatan sebagai menghargai wartawan – ADUN Batu Lancang

Admin
ONG Ah Teong (berdiri, kiri sekali) meraikan para pengamal media dalam acara santai makan buah-buatan tempatan di Jalan Anson pada petang tadi.

BATU LANCANG – Hampir 30 orang pengamal media menyertai acara jamuan santai buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan rambutan yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong di perkarangan khemah penjaja Ah Leng dekat Jalan Anson di sini petang tadi.

ONG Ah Teong

Bercakap kepada pemberita, Ah Teong memberitahu bahawa acara santai itu sebagai menghargai sumbangan para pengamal media sebagai ejen penyampai berita kepada komuniti lokal.

“Ini lebih kepada acara santai sebagai penghargaan kepada pengamal media sahaja, tidak lebih daripada itu,” jelasnya kepada Buletin Mutiara.

Di samping itu, beliau memberitahu bahawa acara santai pada petang itu juga merupakan kesinambungan kepada acara jamuan buah-buahan tempatan yang diadakan pada Jumaat lepas sebagai menghargai hampir 300 kakitangan pelbagai peringkat dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang berkhidmat untuk komuniti lokal di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Kawan.

“Musim buah-buahan di negeri Pulau Pinang mungkin sehingga bulan September atau Oktober, jadi acara santai ini tepat pada waktunya (musim buah-buahan tempatan),” seloroh beliau lagi.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB