Jom, ke The TOP Komtar!

Oleh : NORS H A HI D A YUSOFF

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD & ALISSALA THIAN

SEBAGAI anak jati Pulau Pinang, Komtar bagi saya merupakan mercu tanda Pulau Mutiara yang tersemai sejak kecil.

Apabila bergelar penjawat awam, masa saya banyak dihabiskan di bangunan ini (Komtar).

Dalam tempoh lima tahun, saya melihat Komtar telah ditransformasikan, berubah dari sebuah bangunan ‘suram’ kepada sesuatu yang memiliki banyak tarikan kini.

Hari ini, jika anda bertandang ke Komtar, tempoh masa dua jam adalah tidak mencukupi! Apakan tidak! Di bangunan Komtar sahaja, terdapat beberapa tarikan baru seperti Tech Dome Penang (TDP), Muzium Komik, ICT Mall, Pusat Membeli-belah Pacific (Pacific) dan Komtar Walk.

Bergabung terus dengan bangunan Komtar, terdapat beberapa pusat membeli-belah seperti Prangin Mall dan 1st Avenue.

Terbaru, di tingkat 5 bangunan Komtar, saya dan nescaya umum, akan terpegun dengan konsep futuristik lokasi santai khususnya bagi mencuba menumenu baru popular di The TOP.

The TOP boleh diakses melalui lif bangunan Komtar berdekatan dengan eskalator Pacific atau menerusi Komtar Walk.

The TOP menawarkan lebih daripada 15 lot komersial yang beroperasi setiap hari termasuk hari cuti umum.

Menjanjikan lebih pilihan menu, ia dilengkapi dengan keunikan 10 restoran seperti Chocolate Passion, restoran makanan segera Marrybrown, Richdad, Coco Cabana Bar & Bistro, Grand Imperial Restaurant, Only Mee, U Pop I Scream, Umi, Japan Food Street dan Top View Restaurant & Lounge.

Bagi golongan kanak-kanak, dinasour robotik pastinya menjadi pilihan!

Sebagai tambahan, beberapa taman tema kanak-kanak berkonsep juga kini giat dinaiktaraf, antaranya, 7D Discovery Motion Theatre, Jurassic Research Center, Magic Mirrormaze, TOP Boutique Aquarium, Dino Gym dan Musical Carousel. Malah, The TOP bakal dilengkapkan dengan tarikan Penang State Gallery dan Durian The King of Fruits tidak lama lagi.

Apa tunggu lagi, jom!!

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);