Jom sertai Projek CAREton!

Admin
9dfe2f7f e541 4ff3 b82e da20e9cec8b3

JAWI – Kempen kitar semula karton minuman terpakai, Projek CAREton, bukan sahaja mengurangkan kebergantungan tapak pelupusan sampah tetapi juga memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang amalan kitar semula.

47957cf4 7ad5 43e0 970d 481105d3d5d5
HENG Yeh Shiuan.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Heng Yeh Shiuan berkata, projek berkenaan adalah untuk mengajak masyarakat untuk sama-sama mengamalkan amalan kitar semula terutama kotak minuman.

“Bagi menjayakan projek ini, syarikat Tetra Pak dan Nestle Malaysia bekerjasama dengan MBSP untuk menjalankan program CSR (tanggungjawab sosial korporat) di C-Mart Nibong Tebal yang juga merupakan penaja lokasi.

“Selain itu, kedua-dua syarikat berkenaan juga akan mengadakan pameran pendidikan berkaitan amalan kitar semula kotak minuman dan turut menawarkan hadiah-hadiah menarik bagi pengunjung yang berminat untuk sertai,” ujarnya semasa Majlis Pelancaran Program Projek CAREton sempena Kempen Kutipan Kotak Minuman Untuk Dikitar Semula di Pasaraya C-Mart dekat sini baru-baru ini.

52aaba66 2184 48b4 ae94 107f4773a231
ANTARA barisan tetamu yang hadir.

Hadir sama, Ketua Whip MBSP, Cheen Goon Hooi; Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Terrynz Tan; Mohd. Khairul Ramli, Pengurus C-Mart Mall serta wakil-wakil daripada Nestle Malaysia.

Selaras dengan visi MBSP ke arah “Seberang Perai Berdaya Huni, Mampan, Inklusif, Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar”, Yeh Shiuan memaklumkan bahawa kotak pengumpulan kotak minuman diletakkan di Pasaraya C-Mart bagi memudahkan pengunjung melupuskan bahan kitar semula.

“Oleh itu, saya ingin menyeru umum untuk sertai kempen ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman mengenai kitar semula.

“Kotak minuman terpakai merupakan bahan yang boleh dikitar semula serta berpotensi untuk menghasilkan pelbagai produk baharu melalui kaedah Ekonomi Kitaran (Circular Economy).

“Seterusnya, bagi melengkapi program CSR ini, setiap produk yang telah diperbaharui akan disumbangkan untuk kegunaan golongan berpendapatan rendah (B40) atau mana-mana pihak yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

797372ed 2a04 4436 8380 4dea08aa6545

485fafdd 3839 4312 870b 63df578167e6
KOTAK pengumpulan bahan kitar semula yang disediakan di Pasaraya C-Mart.

 

Dalam pada itu, Tetra Pak dan Nestle Malaysia menyediakan baucar bernilai RM5 berserta air kotak kepada 100 pengunjung terawal yang berjaya membawa 20 unit pek kotak minuman untuk dikitar semula.

Jom mulakan kitar semula hari ini!

Teks dan Gambar : NUR ASHIKIN ISMAIL