Jual tanah awam rugi RM15.2 juta, laporan SPRM dibuat

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didesak memberi respons mengenai dakwaan ‘salahlaku’ Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dipercayai menjual sebidang tanah awam di negeri ini dengan harga bawah nilai pasaran sebenar dan ‘murah’.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian sebelum membuat aduan serta menyerahkan bukti berupa dokumen berwajib kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini 7 April lalu.

Turut bersama beliau ialah, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim, Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Ustaz Abu Bakar Bakilani (Naib Ketua Kawasan Amanah Parlimen Permatang Pauh serta dua Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melalui kenyataan medianya bertarikh 5 April 2016 menyatakan bahawa PERDA telah menjual 8.6 ekar tanah di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal pada 2015 dengan harga RM1.4 juta sungguhpun nilaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM16.6 juta.

“Saya mahu Shabudin menjawab isu penjualan tanah di Kampung Tok Selamat yang tidak melalui proses tender terbuka dan menjualnya dengan kerugian sehingga RM15.2 juta. “PERDA tidak mahu menjelaskan mengapa penjualan tanah dibuat tanpa tender terbuka bagi membolehkan harga tawaran paling tinggi dipilih,” katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng m e m b e r i t a h u , P e n g e r u s i PERDA yang juga merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya kemudian m e n j e l a s k a n bahawa tanah itu dijual dengan harga yang murah (dengan kerugian RM15.2 juta) kerana ia (tanah) mendap, mengalami hakisan teruk serta boleh mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 juta kepada PERDA.

“Saya difahamkan oleh juruterajurutera, kos paling tinggi untuk membuat rawatan tanah adalah RM5 juta atau mungkin tak sampai pun (angka itu).

“Kalau RM5 juta sahaja, mengapa perlu rugi RM15.2 juta,” soalnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Dalam sidang media berasingan, Guan Eng turut mempersoalkan percanggahan yang timbul berhubung rancangan membangunkan perumahan awam sebagaimana diumumkan Shabudin.

“Sebelum ini, beliau (Shabudin) memberitahu tanah yang dijual dengan kerugian RM15.2 juta membolehkan PERDA membina rumah untuk rakyat dengan harga yang murah.

“Tetapi, permohonan bagi membangunkan tanah tersebut yang dihantar ke Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac 2016 mendapati ia (permohonan tersebut) adalah untuk membina 27 unit rumah kedai dan bukannya rumah awam.

“Kenapa ada percanggahan dengan apa yang diperkatakan beliau (Shabudin, untuk membina rumah murah untuk rakyat) dan dengan apa yang dihantar ke MPSP (permohonan membangunkan rumah kedai)?” soalnya.

Tambah Guan Eng, permohonan yang dihantar bagi pihak syarikat SYT Prestige Sdn. Bhd. (SYT) itu adalah bercanggah dengan kenyataan Shabudin sebelum ini, malah tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 27 Februari 1986.

“Dalam Warta tersebut jelas menyatakan bahawa tanah yang diambil alih oleh PERDA melalui individu swasta mensyaratkan supaya tanah itu digunakan bagi tujuan awam iaitu sebagai tapak membangunkan perumahan awam.

“Tetapi pelan permohonan yang dihantar ke MPSP adalah untuk membina rumah kedai,” jelasnya sambil menyatakan bahawa terdapat dua pemegang saham utama dalam SYT iaitu Phuah Cheng Peng dan pemegang syer utama atau majoriti ialah Noorashikin binti Abdul Shukor.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);