Kadar indeks jenayah di Pulau Pinang terkawal – Azizee

Admin
b056e766 d7cf 4654 8aaf c0cd5f37cd43

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Pulau Pinang baharu, Dato’ Ts. Azizee Ismail di sini sebentar tadi.

Mengiringi beliau, Ketua Cawangan Khas Negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC), Dato’ Winston Tan Thye Wah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Zailanni Amit dan Pegawai Khas kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Inspektor Mohd. Afif Mohd. Fo’aa.

ef317af7 33e4 4dfe a06f 01fd175575cb
SEKITAR kunjungan hormat di Komtar sebentar tadi.

Dalam pertemuan tersebut, antara yang dibincangkan adalah berhubung kadar jenayah di Pulau Pinang serta langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan dan lain-lain hal berkaitan.

Azizee memaklumkan bahawa secara keseluruhan, kadar indeks jenayah di negeri Pulau Pinang adalah terkawal, dan pihaknya akan meneruskan khidmat bakti serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Malah, beliau juga sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mengekalkan ketenteraman awam di negeri ini.

Difahamkan, Azizee sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman menggantikan Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN