Kakitangan KBS anjur Fit Malaysia, bukti penjawat awam berkaliber – Chee Keong

Admin

BUKIT TENGAH – Amanah menganjurkan acara Fit Malaysia pada tahun ini sepenuhnya dilaksanakan oleh kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bukan lagi diserahkan kepada firma pengurus acara swasta seperti sebelum ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah pentadbiran itu supaya memberi peluang kepada bakat belia dalam kalangan kakitangan kerajaan di bawah KBS sendiri untuk membuktikan kemampuan dalam menganjurkan acara tahunan tersebut.

“Hasilnya apabila kita melancarkan Fit Malaysia di Selangor, kita (KBS) nampak kehadiran begitu ramai, lebih kurang 20,000 orang, setara dengan kualiti pencapaian dan hasilnya dengan apa yang dianjurkan oleh syarikat acara swasta.

“Bezanya apabila syarikat penganjur swasta melaksanakan program (Fit Malaysia) ini, ia memakan belanja RM1.3 juta, apabila kakitangan penjawat awam yang melaksanakan program ini, hasilnya adalah sama dan penerima yang sama oleh orang awam, cuma kita (KBS) membelanjakan RM300,000 sahaja.

“(Pencapaian) ini sekaligus membuktikan penjawat awam berkaliber,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam dalam Majlis Berbuka Puasa dan Dialog Timbalan Menteri KBS Bersama-sama Kakitangan Jabatan Belia & Sukan Negeri serta Pemimpin Persatuan Belia di Hotel Iconic dekat sini pada 30 Julai 2019.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Heng Lee Lee; ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Zul Fadhli Abd. Aziz antara yang turut serta dalam acara julung kali dianjurkan oleh jabatan berkenaan di negeri ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD