Semangat berpasukan hasil penyampaian lebih berkesan – KM

Admin
ANTARA anggota perkhidmatan awam yang hadir.
ANTARA anggota perkhidmatan awam yang hadir.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN“Semangat berpasukan itu penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam menjadi lebih berkesan dan telus,” ucap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B. Ketua Menteri di sini baru- baru ini.

Tambah beliau lagi, untuk berjaya, penjawat awam perlu berkerja dalam satu pasukan agar penyampaian lebih berkesan dan baik.

“Keyakinan, amanah, pengurusan konflik, komited dan bertanggungjawab adalah konsep kerja berpasukan dalam sektor korporat.

“Dalam pada itu, konsep sama juga boleh diadaptasikan dalam perkhidmatan awam negeri termasuk menerapkan konsep Kerajaan Berjiwa Rakyat, dasar ekonomi negeri dan cabaran-cabaran yang dihadapi Kerajaan  Negeri terutama dalam kalangan penjawat awam bagi mengikis mentaliti silo,’’ katanya.

Tambah beliau, dalam dasar ekonomi, Kerajaan Negeri berhasrat menjadi negeri berkebajikan dengan lima teras utama pembangunan negeri.

“Merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang-peluang pekerjaan (pro-jobs), menjamin keadilan sosio-ekonomi (propoor), memantapkan sektor pendidikan demi menjamin masa depan generasi muda (pro-talent) dan penjagaan alam sekitar (progreen),ujar Guan Eng.

YANG diPertua Majlis, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri berdiri tegap bagi menyanyikan lagu Negaraku pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B Ketua Menteri di sini baru-baru ini.
YANG diPertua Majlis, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri berdiri
tegap bagi menyanyikan lagu Negaraku pada Majlis Perhimpunan
Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B
Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Beliau pada masa sama turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri kini dalam usaha menangani masalah 3C1A iaitu kebersihan (cleanliness), jenayah (crime) dan kesesakan (congestion) serta membekalkan perumahan mampu milik (affordable housing) bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar.

“Suatu pencapaian yang membanggakan apabila ECA International mengumumkan Pulau Pinang buat pertama kalinya tahun 2011 mencapai status ‘most liveable cityberbanding Kuala Lumpur.

“Kejayaan ini diulang semula pada tahun 2012 menjadikan Pulau Pinang sesuai didiami di Malaysia dengan rumah mampu milik yang paling bermutu,” ucap Guan Eng lagi.