Karnival sepak raga tuju dapat sambutan

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

WARISAN… Sukan sepak raga tuju jarang sekali disaksikan oleh generasi hari ini dihidupkan kembali apabila menjadi acara utama pada Karnival Sepak Raga Tuju Nibong Tebal baru-baru ini.

Ternyata acara sukan tersebut masih mempunyai peminatnya apabila lebih daripada 1,500 pemain dari Gabungan Sepak Raga Tuju menyertai karnival tersebut.

“Sukan sepak raga tuju adalah permainan sukan rakyat yang paling popular di utara Semenanjung.

“Acapkali sukan ini berjaya menghimpunkan seluruh peminat sukan ini tanpa mengira bangsa dan usia.

“Malah pada karnival ini juga, kita dapat lihat penyertaan daripada pelbagai kaum termasuk kaum Cina, Hindu dan Siam,” ujar Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman yang hadir merasmikan karnival tersebut.