Karpal Singh dalam kenangan…

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : MARK JAMES

GEORGE TOWN – Genap setahun pemergian mendiang Karpal Singh , kehilangannya masih begitu dirasai rakyat Pulau Pinang dan juga seluruh negara.

S e m p e n a memperingati ulangtahun pertama pemergian mendiang, suatu upacara keagamaan Sikh, Akhand Paath diadakan selama tiga hari di Wadda Gurdwara Sahib, Jalan Gurdwara di sini baru-baru ini.

Anak kedua mendiang, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, semua ahli keluarga hadir pada upacara membaca kitab suci Sikh, Sri Guru Granth Sahib termasuk sahabat handai mendiang.

“Setahun sudah berlalu sejak pemergian mendiang dan ia merupakan kehilangan yang bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga, malah semua rakyat Malaysia yang mengenali beliau semasa hayatnya.

“Kehilangan beliau tiada galang gantinya,” kata Gobind ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selain Gobind, turut kelihatan balu mendiang, Gurmit Kaur; anak-anak mendiang, Jagdeep Singh Deo yang juga merupakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat; Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor), Sangeet Kaur dan Man Karpal.

Turut kelihatan adalah cucu-cucu beliau.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut sama hadir dalam upacara keagamaan tersebut.

Mendiang Karpal Singh yang terkenal dengan jolokan ‘Harimau Jelutong’ maut akibat kemalangan jalan raya tahun
lalu berhampiran kilometer 306 berdekatan Gua Tempurung, Lebuhraya Utara- Selatan.