Kayuhan amal Malakoff isi dana kebajikan

Admin

GEORGE TOWN – Pulau Pinang sekali lagi menjadi lokasi penganjuran tahun ketiga bagi peminat sukan berbasikal berkumpul beramai-ramai, The Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011/12 sejauh 180 kilometer (km) merentasi tiga buah negeri termasuk Perak dan Kedah menjelang tahun baru di sini baru-baru ini.

Lebih 1,100 peminat sukan berbasikal menyertai acara tersebut hasil penganjuran bersama Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri, KOTRT dan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) baru-baru ini.

Lydia Ong Kok Fooi selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti yang hadir bagi upacara ‘flag-off’ berkata, program tersebut adalah berkonsepkan ‘bersukan sambil beramal’ di mana yuran penyertaan yang dikenakan akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih di ketiga-tiga negeri berkenaan.

“ Seperti pada tahun – tahun sebelumnya, matlamat utama program adalah untuk beramal sambil mengisi masa yang berkualiti dengan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Kerajaan Negeri sentiasa peka dan memberi sekongan kepada program seumpama ini.

“Ianya juga adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial, bukan sekadar menguji kekuatan stamina peserta tetapi mempunyai misi yang lebih besar dan bermakna kepada mereka dalam membantu insan memerlukan,” ujarnya.

SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian dalam The Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011/12 membabitkan perjalanan sejauh 180 km.
SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengambil bahagian dalam The Malakoff Interstate Fellowship
Ride 2011/12 membabitkan perjalanan sejauh 180 km.
LYDIA Ong Kok F o o i d e n g a n b e r s e m a n g a t m e l e p a s k a n para peserta The Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011/12.
LYDIA Ong Kok Fooi dengan bersemangat melepaskan para peserta The Malakoff Interstate
Fellowship Ride 2011/12.