Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun mampu cungkil bakat pelapis muda negeri -ADUN

Admin
A. Kumaresan(tiga dari kanan, belakang) bergambar bersama jawatankuasa-jawatankuasa PPSRC sambil menunjukkan cek replika bagi pemenang untuk kejohanan tersebut nanti.

BATU UBAN – Pejabat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Padang Polo (PPSRC) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Y.B A.Kumaresan buat julung kalinya.

Kejohanan dijangka berlangsung pada 10 November ini bertempat di Padang A dan A1, Universiti Sains Malaysia (USM) dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Sekarang kita sedang buat publisiti melalui media sosial dan terkini difahamkan 24 pasukan sudah mendaftar.

Pasukan-pasukan luar dari Pulau Pinang seperti dari Taiping, Sungai Petani, Kulim dan Kuala Lumpur pun ada yang sudah mengesahkan tempat dalam kejohanan ini.

Johan akan menerima wang tunai sebanyak RM1,200, sijil kepada semua yang mengambil bahagian dan saya rasa apa yang lebih istimewa tentang kejohanan ini adalah pingat diberikan hingga peringkat suku akhir, kalau sebelum ini kebanyakkan johan , naib johan dan tempat ketiga sahaja,” ringkas beliau dalam satu sidang media di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Pekaka pagi tadi.

Hadir sama, Presiden PPSRC, Noor Azrul Mansor dan Jawatankuasa-jawatankuasa PPSRC.

Kumaresan dalam pada itu turut menjemput Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah merangkap ADUN Sungai Bakap dan jurulatih FAP untuk datang menilai bakat-bakat cilik di Pulau Pinang.

Saya percaya kejohanan ini juga mampu mencungkil bakat-bakat muda terutamanya dari sekolah rendah yang mungkin boleh diserap ke dalam pasukan pelapis muda negeri ini kelak,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, menurut Noor Azrul setiap pasukan yang bertanding perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM200 dan pertandingan akan dilangsung menggunakan format liga.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Fazly di talian 017-4382117,” katanya.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: NOOR SITI NABILAH NOORAZIS