Kekalkan Pulau Pinang sebagai negeri berstatus industri – Rashid

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

SEBERANG JAYA – Pulau Pinang perlu terus mengekalkan legasinya selama 40 tahun berstatus negeri perindustrian dan keusahawanan, ujar Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon.

Hasrat itu dinyatakan beliau ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Kelima dan Temu Duga Terbuka Industry Looking for Talent di sini baru-baru ini.

Katanya, selama tempoh tersebut, Pulau Pinang sememangnya sudah terkenal melalui zon perindustrian Bayan Lepas dan Perai.

“Dengan itu, syarikat-syarikat multinasional dan pelabur di negeri ini memang memerlukan bakat-bakat segar, kompetitif, berilmu serta berpengalaman.

“Pulau Pinang juga tidak mempunyai sumber asli seperti minyak, gas asli, balak dan sebagainya, kita cuma ada anda sebagai bakat.

Justeru, peranan Kerajaan Negeri adalah membawa masuk pelabur-pelabur bagi menjana ekonomi negeri,” katanya yang juga Exco Pembangunan Industri,

Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat pada majlis berkaitan.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Bendahari SME Seberang Perai, Leong Yook Kheong.

Karnival tersebut dianjurkan Pen Expo Event Sdn. Bhd. dan Persatuan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (SME) Seberang Perai.

Lebih 2,000 pengunjung, rataratanya dari wilayah utara hadir merebut peluang ditawarkan 15 syarikat swasta yang mengambil bahagian.

Afif ketika berucap memberitahu, penganjuran berkenaan merupakan satu peranan dimainkan pihak Kerajaan Negeri dalam menghubungkan para pencari kerja, terutamanya graduan baharu dengan majikan-majikan yang bertapak di Pulau Pinang.

“Diharap program ini juga dapat meningkatkan ekonomi individu dan sedikit-sebanyak memberi sumbangan dalam komuniti dan memperkembangkan sektor industri negeri,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undang