Keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan, berbuka bersama KM

TANDA INGATAN… Prihatin dengan nasib dua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Bukit Mertajam baru-baru ini, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengambil inisiatif khas menyampaikan sumbangan daripada peruntukan peribadi beliau berjumlah RM1,000 kepada mereka.

Pada masa sama, keluarga mangsa, Bakthiar Md. Din, 82, turut dijemput berbuka puasa di sebuah restoran yang menyediakan sajian khas berupa nasi arab.

Anak kedua mangsa, Sabri Bakthiar, 42, mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sanggup meluangkan masa menziarahi serta berbuka puasa bersama-sama keluarga mereka.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.