SEBERANG JAYA – Kempen Pagi Tanpa Kenderaan atau Car Free Morning anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bakal disambut secara bertema.
Penganjur bersama, LV Event melalui Pengurusnya, Shawn Ng Kian Keong berkata, sempena kehadiran tahun 2016, pihaknya bercadang untuk mengadakan konsep kempen secara bertema mengikut perayaan-perayaan utama negara.
“Kempen secara bertema akan dimulakan pada Februari ini dengan sambutan Tahun Baru Cina diikuti perayaan-perayaan lain sepanjang tahun seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.
“Jalan Todak 2 dan Jalan Todak 3 berdekatan Bandar Sunway di sini dipilih sebagai lokasi kempen bertema ini dan sekiranya mendapat sambutan, maka kempen ini boleh diperluaskan ke kawasan-kawasan lain sekitar Seberang Perai,” katanya ketika ditemui pada penganjuran Kempen Pagi Tanpa Kenderaan di sini baru-baru ini.
Seramai 300 peserta hadir menyertai pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan sepanjang berlangsungnya kempen berkaitan.
if (document.currentScript) {