Kenyataan akhbar Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh di Komtar, George Town pada 27.7.2012.

Admin
PHEE Boon Poh menunjukkan salinan surat daripada Kementerian Kesihatan berhubung isu hospital swasta Jalan Zainal Abidin di sini baru-baru ini
PHEE Boon Poh menunjukkan salinan surat daripada Kementerian
Kesihatan berhubung isu hospital swasta Jalan Zainal Abidin di sini
baru-baru ini

SELAIN daripada lima Penipuan Yang Sudah Didedahkan, Teng Chang Yeow Makin Terdesak Memenangi Kembali Pulau Pinang Untuk UMNO Dengan Menipu lagi Tentang Kes Tanah Jalan Zainal Abidin Dan Keengganan Kementerian Kesihatan Untuk Memberi lesen Bagi HospitalSwasta Multidisiplin.

Saya sudah pun mendedahkan lima penipuan terdahulu Teng (Chang Yeow) :

1. Sehingga sekarang, tiada lesen hospital swasta, seperti yang didakwa Teng (Chang Yeow), yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Yang ada hanya sepucuk surat “tiada halangan” daripada Kementerian Kesihatan yang bertarikh 12.7.2012 dan diterima pada 20.7.2012. Surat “tiada halangan” bukanlah lesen, tetapi hanya pemakluman bahawa tidak ada bantahan terhadap permohonan lesen untuk hospital swasta khusus, yang harus dibuat dalam jangka masa 6 bulan. Teng (Chang Yeow) tidak boleh menafikan bahawa Kementerian Kesihatan telah menolak permohonan untuk hospital swasta khusus dua kali pada 2.5.2012 dan 22.10.2012.

2. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan bangunan 30 tingkat di kawasan itu seperti yang didakwa Teng (Chang Yeow). Teng (Chang Yeow) sengaja memutarbelitkan “permohonan” pemaju untuk bangunan 30 tingkat sebagai “kelulusan” sedangkan ia telah ditolak oleh MPPP.

3. Teng (Chang Yeow) mendakwa bahawa kawasan 0.4 hektar itu telah dirizabkan untuk perumahan awam oleh kerajaan BN terdahulu, tetapi Teng (Chang Yeow) atau Kerajaan Negeri lama tidak pernah membuat walau satu pun kenyataan sebelum tahun 2008 mengenai pembangunan perumahan awam di kawasan itu. Teng (Chang Yeow) sekarang mengeluarkan pelbagai dokumen yang bertarikh sebelum 2008 yang Kerajaan Negeri PR tidak pernah lihat kerana pejabat-pejabat kami telah diwarisi dalam keadaan kosong apabila kami mengambil alih pada tahun 2008. Kerana kawasan 0.4 hektar itu terlalu kecil sangat, Kerajaan Negeri PR telah memperuntukkan 4.2 hektar di Jalan S.P. Chelliah untuk tujuan perumahan mampu milik. Jelas 4.2 hektar di Jalan S.P. Chelliah adalah lebih baik daripada 0.4 hektar.

4. Teng (Chang Yeow) mendakwa bahawa sekiranya BN tidak “mendedahkan” perkara ini, orang awam tidak akan tahu rancangan Kerajaan Negeri PR untuk membangunkan kawasan Jalan Zainal Abidin itu kepada hospital swasta. Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng telah pun membuat pengumuman awam dan kenyataan-kenyataan akhbar tiga tahun lalu dalam pertengahan tahun 2009 tentang rancangan Kerajaan Negeri untuk mendirikan hospital swasta di pusat bandar. Teng (Chang Yeow) boleh sahaja mencari maklumat tersebut dalam internet, tetapi, beliau memilih untuk menipu bahawa beliau dan orang awam tidak diberitahu tentang rancangan untuk mendirikan hospital swasta di situ.

5. Teng (Chang Yeow) mempersoalkan tender terbuka yang dijalankan dalam penjualan tanah tersebut walaupun tender ini bukan sahaja telah disiarkan melalui kenyataan-kenyataan akhbar tetapi juga melalui iklan suratkhabar. Kerajaan Negeri telah menganugerahkan tender tersebut kepada pembida yang tertinggi.

Kini, Teng (Chang Yeow) dalam hasratnya untuk mengenepikan dakwaan palsunya bahawa lesen hospital swasta\ telah diluluskan untuk tanah Jalan Zainal Abidin, sedang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada hakikat bahawa Kerajaan Negeri harus menebus balik lebih RM10 juta jika lesen hospital swasta tidak dapat diperoleh. Teng (Chang Yeow) telah menipu sekali lagi bahawa Kerajaan Negeri PR telah memberi jaminan kepada pemenang tender bahawa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan akan diberi untuk pengendalian hospital swasta. Kerajaan negeri PR tidak pernah memberi apa-apa jaminan sedemikian. Kerajaan Negeri PR telah dengan jelasnya menyatakan bahawa tanah yang dijual itu hanya boleh digunakan untuk pembangunan sebuah hospital dan bukan untuk projek komersial.

PHEE BOON POH