Kerajaan Negeri agih lebih 1 juta pelitup muka kepada sekolah di Pulau Pinang

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga kini telah menyumbangkan sebanyak 1,050,000 pelitup muka dan 206,100 topeng pelindung muka kepada sekolah-sekolah di negeri ini.

Pada 17 Jun lalu, penyerahan sumbangan sebanyak 1,000,000 juta pelitup muka dan 200,000 topeng pelindung muka atau ‘face shield’ telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow kepada semua sekolah kerajaan.

Malah, selebihnya pada sidang media hari ini membabitkan sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah menengah persendirian Cina.

Sumbangan kepada SAR disampaikan kepada Penolong Pengarah Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Bokhori Ariffin, manakala Sekolah Menengah Persendirian Cina diwakili oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Pulau Pinang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Chong Eng (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender & Agama Selain Islam); Kho Hai Ming (Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Pulau Pinang) dan Chong Soon Kheng (Pengarah Urusan (Pengasas Syarikat) Swift Bridge Technologies (M) Sdn. Bhd..

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD