Kerajaan Negeri dan Persekutuan pastikan setiap inisiatif disalurkan dengan berkesan – Ketua Menteri

Admin
4c3108a3 6be4 477b a773 e7b47268d52b

AIR ITAM – Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan bakal memastikan setiap inisiatif disalurkan dengan berkesan kepada komuniti India di Pulau Pinang, khasnya membabitkan pembangunan modal insan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa bagi pihak Kerajaan Negeri, sejak tahun 2010 hingga kini, Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang telah menyalurkan biasiswa berjumlah RM4.92 juta kepada 3,755 pelajar.

“Bagi tahun 2024 sahaja, RM111,900 telah disumbangkan kepada pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) diikitiraf, serta pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berketurunan India.

3a9650fa cfc1 423f 846e 515ed384d0dd

“Ini bukan angka kecil, sebaliknya ia melambangkan pelaburan besar Kerajaan Negeri dalam membentuk generasi muda masyarakat India Pulau Pinang yang berilmu dan berdaya saing dan sekaligus memenuhi keperluan pembangunan modal insan Pulau Pinang,” ujarnya pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Hadir sama, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan dan dif-dif jemputan lain.

1c15a087 d82c 4fd7 9eb8 c9e403a78b7c

Tambah Kon Yeow, bagi Kerajaan Persekutuan, Bajet 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan yang mana hampir RM2 bilion telah diperuntukkan kepada komuniti India untuk menaik taraf 520 sekolah daif, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

“Selain itu, pelbagai bantuan lain turut disediakan, antaranya, Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan dan Bantuan Awal Persekolahan yang memberikan RM150 bagi setiap murid sekolah kerajaan termasuk SJKT.

 

“Semua ini membuktikan bahawa pendidikan dan kebajikan anak-anak kita terus menjadi keutamaan, yang mana ia juga seiring dengan Visi Penang2030 yang mahu melihat setiap keluarga hidup sejahtera, setiap komuniti dihargai dan setiap insan diberi peluang untuk maju bersama,” jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING

Video : ALISSALA THIAN