Kerajaan Negeri hargai sumbangan swasta dalam perang lawan COVID-19

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghargai peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pihak swasta di negeri ini dalam membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata bahawa jalinan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan pihak swasta dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya dalam memenuhi keperluan pasukan barisan hadapan.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Sky (Joint Industries Sdn. Bhd.) dan pihak berkaitan yang turut membantu pada masa yang terdesak ini.

“Jadi kita (Kerajaan Negeri) berharap agar semangat kerjasama untuk menjaga antara satu sama lain dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Kita juga percaya bahawa kebanyakan syarikat-syarikat swasta di negara ini mempunyai sikap keprihatinan yang tinggi,” katanya kepada Buletin Mutiara ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kopi kepada pihak berkaitan dekat lobi Komtar, di sini sebentar tadi.

Difahamkan, sumbangan yang disampaikan oleh Sky Joint Industries Sdn. Bhd. adalah berupakan 20 kotak kopi pra campuran untuk diagihkan kepada pihak Jabatan Penjara serta Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : CHAN KOK KUAN