Kerajaan Negeri komited dan siap siaga dalam pengurusan bencana

Admin
c42dbe21 6104 4e6f 949b 201d14d0bfef

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri komited memperkukuh sistem pengurusan bencana melalui latihan simulasi dan tabletop exercise secara berkala.

Menurut Setiausa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Zulkifli Long, langkah ini bagi memastikan semua agensi faham peranan masing-masing di bawah Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran sumber.

“Pada masa sama, pembangunan komuniti diperkasa melalui program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM), kempen kesedaran awam dan latihan evakuasi di sekolah bagi melahirkan masyarakat yang peka dan bersedia menghadapi bencana.

3a86cebf f8a4 4424 b054 4161ffde9890

“Terbaharu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama NADMA telah menaik taraf Bilik Gerakan Negeri (BGN) kepada Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) yang berperanan sebagai pusat kawalan utama bagi menyelaras maklumat dan operasi bencana di peringkat negeri.

72533ebe a718 4189 bb55 1dba789c5a27

“Selain itu, inisiatif pendigitalan seperti aplikasi amaran awal dan peta risiko berasaskan sistem maklumat geografi (GIS) turut dilaksanakan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga giat melaksanakan projek tebatan banjir dan pemantauan cerun bagi mengurangkan risiko bencana,” ujarnya pada Majlis Perasmian Program Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2025 Peringkat Negeri Pulaj Pinang dekat Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sebagai sebuah negeri pesisir pantai yang pesat membangun, Pulau Pinang tidak terkecuali daripada risiko bencana.

Jelasnya, pada minggu lalu, beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya telah dilanda banjir selama beberapa hari.

“Lebih daripada 1,000 orang penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke tujuh buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang berdekatan.


“Saya sendiri berkesempatan meninjau keadaan di PPS dan mendapati semua pihak memberikan kerjasama yang amat baik.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera penjawat awam serta masyarakat setempat yang

berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir. Komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan amatlah membanggakan.

“Kesiapsiagaan bukan hanya tanggungjawab agensi penyelamat atau pasukan barisan hadapan semata-mata, tetapi perlu digerakkan melalui pendekatan whole-of-government dan whole-of-society,” katanya lagi.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN