Kerajaan Negeri tidak abai nelayan

Admin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kemajuan komuniti nelayan di Pulau Pinang sungguhpun tanggungjawab tersebut adalah digalas olehk  kerajaan persekutuan.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang, selain memberi kawasan (tanah) kepada persatuan-persatuan nelayan, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan sebuah kolong di Juru bagi membantu para nelayan memperoleh pendapatan lumayan.

“Kita (Kerajaan Negeri) telah memberi tanah kepada beberapa persatuan nelayan untuk membina jeti dan membuka gerai makanan.

“Malah, pendapatan daripada hasil kolong juga mampu memberi manfaat kepada lebih 3,000 nelayan di Sebarang Perai.

“Kemudahan yang diberikan Kerajaan Negeri ini melebihi subsidi yang diberikan kerajaan persekutuan, jadi tidak timbul isu Kerajaan
Negeri mengabaikan kebajikan nelayan di Pulau Pinang,” tegas Choo Kiang.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan dilontarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid pada sesi penggulungan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.

SPEAKER DUN bersama-sama Ketua Menteri, barisan Exco dan ADUN-ADUN memotong kek selepas berakhirnya sidang DUN.
SPEAKER DUN bersama-sama Ketua Menteri, barisan Exco dan ADUN-ADUN memotong kek
selepas berakhirnya sidang DUN.