“Kereta saya sudah 17 tahun” – Guan Eng

Admin
TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (kiri sekali) mencuit anak emas yang didukung Ketua Menteri pada majlis penyampaian di Penanti di sini
TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman (kiri sekali)
mencuit anak emas yang didukung Ketua Menteri pada majlis
penyampaian di Penanti di sini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR“Saya tak pernah bida nombor (plat) kereta tapi saya pakai kereta saya sudah 17 tahun, ada orang pakai kereta selama 17 tahun.”

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng semasa diminta mengulas mengenai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang didedah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ‘istimewa’ WWW15 dengan harga RM24,200 barubaru ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sumbangan Program Anak Emas dan Fakir Miskin Peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Mohammad Muhd. Taib, di sini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulistas, Chow Kon Yeow, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), Phee Boon Poh (Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Ng Wei Aik (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Jusni Ismail (Pegawai Daerah dan Tanah SPU), Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Arshad Salleh (Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan) turut hadir pada majlis tersebut.

Bagi Guan Eng, amalan membida nombor ‘istimewa’ dengan wang mencecah puluhan ribu ringgit sebagaimana yang dikaitkan dengan Tong Lai, Timbalan Presiden MCA itu adalah tidak wajar semasa rata-rata rakyat di tanah air ini masih mengaku dibeban oleh kos hidup yang tinggi.

Difahamkan, Tiong Lai kemudiannya mengaku pula tidak pernah membida nombor lalu melepaskan nombor ‘istimewa’ itu selepas dipertikai oleh banyak pihak.