Kes denggi di Pulau Pinang catat penurunan

featured image ii denggi

GEORGE TOWN – Kes demam denggi yang dilaporkan di negeri Pulau Pinang menurun kepada 19 kes pada hari keempat Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17), dari 21 hingga 23 April 2024 berbanding 80 kes pada minggu sebelumnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi kenyataan memaklumkan bahawa kes kumulatif juga menunjukkan penurunan daripada 1,810 pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) kepada 189 kes pada ME17.

“Satu kawasan telah dikenal pasti oleh JKNPP sebagai kawasan hotspot di Daerah Timur Laut (DTL) iaitu di Taman Sri Pinang sebanyak 15 kes.

“Di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula, sebanyak empat hingga lapan kes denggi direkodkan di Taman Nirwana (B), Taman Pelangi Flat Zon C, Kampung Tok Konan dan Jalan Kota Permai yang diklasifikasikan sebagai lokaliti Wabak Tak Terkawal (WTK) denggi.

“Empat kawasan di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan dua kawasan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) pula direkodkan sebagai lokaliti Wabak Terkawal (WK) dengan kes yang direkodkan tidak melebihi 10 kes,” kata JKNPP menerusi Facebook.

GAMBARAN Kecerdasan Buatan (AI) nyamuk aedes.

Menurut JKNPP lagi, sebanyak dua kes kematian direkodkan pada ME16 membabitkan DTL dan SPS.

Sementara itu, tiada sebarang kes dilaporkan membabitkan wabak chikungunya pada ME16 dan ME17.

Justeru, JKNPP menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan dan kawalan sendiri bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis.

dengue
SARANAN JNKPP dalam mencegah wabak denggi menerusi laman Facebook.

 

Oleh : NUR SYAKIRAH MOHD. BASRI
Gambar : JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG