Kes ILI di Pulau Pinang masih terkawal, menurut JKNPP

Admin

GEORGE TOWN – Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) di negeri Pulau Pinang ketika ini masih terkawal, maklum Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, perkembangan itu adalah berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

“Berdasarkan maklumat daripada JKNPP, Influenza A dan B adalah tidak termasuk dalam penyakit yang perlu dinotifikasikan.

“Walaupun kadar konsultasi ILI di negeri ini didapati meningkat dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini, namun keadaan adalah terkawal,” katanya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media dekat Komtar di sini sebentar tadi.

Sementara itu, JKNPP menasihati penduduk di negeri ini supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan daripada penyakit influenza seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi serta mengamalkan cara hidup sihat.

Selain itu, orang ramai juga perlu mempraktikkan amalan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan selain digalakkan megambil pelalian vaksin influenza bermuzim si fasiliti kesihatan swasta.

Terdahulu, Menteri Kesihatan turut memaklumkan bahawa kes ILI dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang berikutan penyakit tersebut adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa selain pesakit hanya memerlukan pemantauan serta pengasingan diri sahaja.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : LAW SUUN TING
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD