Kesederhanaan Guan Eng curi tumpuan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

KETUA Menteri bersalaman dengan hadirin yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun B a r u C i n a anjuran Barisan Nasional negeri di Tanjung Marina di sini baru-baru ini. Turut kelihatan adalah Hilmi Yahaya (berbaju batik biru).
KETUA Menteri bersalaman dengan hadirin yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun B a r u C i n a
anjuran Barisan Nasional negeri di Tanjung Marina di sini baru-baru ini. Turut kelihatan adalah Hilmi
Yahaya (berbaju batik biru).

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew baru-baru ini menjadi antara tetamu istimewa pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis tersebut di Tanjung Marina, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Kesederhanaan Guan Eng meramahi rakyat yang hadir di majlis tersebut menerima reaksi positif. Malah, rakyat yang ditemui, rata-ratanya memuji Guan Eng kerana sudi hadir ke majlis keraian itu walaupun ia dianjurkan pihak pembangkang.

Guan Eng ketika diminta mengulas mengenai hal itu berkata, perayaan budaya tidak seharusnya regid dengan perbezaan faham politik kepartian.

“Saya mahu menjadi seorang yang sederhana dalam segala perkara. Kalau boleh, saya mahu menjadi seorang pemimpin yang sederhana untuk semua rakyat termasuk komuniti pembangkang di negeri ini.

“Lagipun, (perayaan) Tahun Baru Cina ini adalah perayaan untuk seluruh rakyat Malaysia, maka, eloklah diraikan tanpa mengira warna kaum atau politik,” ujarnya.