Ketua Menteri terima kunjungan hormat KPPA

Admin
KETUA Menteri menyantuni Mohd. Shafiq Abdullah (kiri) yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di Komtar pada awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada pagi ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Sri Mohd. Shafiq Abdullah di pejabatnya dekat Komtar.

Turut mengiringi, Pengarah Bahagian Perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Rusli Harun; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd. Zakuan Zakaria; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Ahmad Rizal Mohd. Hanapiah dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri, Muhamad Azrai Mohamad Zaini.

(Dari kir) RUSLI Harun, Mohd. Shafiq Abdullah, Ketua Menteri, Mohd. Zakuan Zakaria dan Ahmad Rizal Mohd. Hanapiah semasa kunjungan hormat di sini pada awal pagi tadi.

Kunjungan hormat Mohd. Shafiq bertemu Kon Yeow yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi itu berlangsung kira-kira 45 minit.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN