Ketua Menteri zahir takziah kepada keluarga ahli bomba lemas di Sungai Perai

Admin
img 20240224 wa0013

AIR ITAM – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Mohd. Izwan Illias, yang dipercayai lemas di Sungai Perai, Butterworth ketika menyelenggara bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

 

Menurut Kon Yeow, pihaknya akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk berkoordinasi dengan JBPM bagi meneliti keperluan isteri dan lima anak Allahyarham yang berusia antara empat hingga 16 tahun.

 

Saya akan minta Setiausaha Kerajaan Negeri berkoordinasi untuk menyampaikan bantuan kepada ahli keluarga Allahyarham.

 

“Pihak Kerajaan Negeri akan uruskan bersama-sama dengan pihak JBPM untuk membantu keluarga Allahyarham dan akan meneliti (apa-apa keperluan) yang wajar,” ujarnya yang ditemui usai menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor di Farlim Square dekat sini pagi ini.

 

Terdahulu, media melaporkan bahawa Allahyarham ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ketika menyelenggara bot milik JBPM di Jeti Pangkalan Marin di Mak Mandin pada malam Khamis.

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN