Kitar semula komputer terpakai elak penyakit

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

AIR ITAM – Logam-logam berat seperti merkuri, arsenic dan toksik yang terkandung dalam komputer terpakai serta alat-alat elektronik mampu mengancam kesihatan sejagat sekiranya ia tidak diuruskan dengan betul dan bocor di persekitaran.

Kenyataan tersebut dinyatakan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pada Majlis perasmian Karnival Kitar Semula Komputer Ke-10 di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, bahan-bahan kimia yang bocor dan kemudian bebas ke ruang udara mampu membuatkan manusia menghidap penyakit kronik seperti kanser dan kegagalan fungsi organ.

“Justeru, barang-barang tersebut perlu diuruskan dengan betul dan sistematik,’’ ujar beliau.

Bersempena penganjuran tersebut, orang ramai boleh membawa komputer terpakai masing-masing ke karnival berkenaan bagi melayakkan mereka menyertai acara cabutan bertuah.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah komputer dan pencetak, syiling emas bernilai RM2,000.

Turut diadakan adalah pertandingan rekacipta barangan terbuang.