KM ajak rakyat erat perpaduan, majukan ekonomi negeri

SEBERANG JAYA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyeru semua rakyat Pulau Pinang yang majmuk supaya saling mengeratkan perpaduan ke arah memajukan lagi potensi ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

“Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang unik kerana di dalamnya terdapat pelbagai kepercayaan, kebudayaan dan keturunan.

“Namun begitu, kita masih mampu menyambut pelbagai perayaan masyarakat dan kaum di negeri ini memandangkan negeri yang ditadbir kini aman dan sejahtera.

“Di bulan Syawal inilah merupakan kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan, seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara individu, jabatan dan juga agensi kerajaan serta masyarakat setempat,” ucapnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff merupakan tetamu kenamaan paling utama pada majlis yang dihadiri lebih 2,000 pengunjung berkaitan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dan Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut berucap pada majlis terbabit.

Hadir sama, Exco-Exco Kerajaan Negeri bersama pasangan masing-masing, serta para ADUN dan Ahli Parlimen.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng sekali lagi menggesa K e r a j a a n Pusat supaya menangguhkan p e l a k s a n a a n Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang d i d a k w a mengakibatkan jualan para peniaga seperti di Bazar Chowrasta pada musim perayaan baru-baru ini turut turun mendadak berbanding tahun lepas.

Tambah Guan Eng, pentadbirannya turut dipaksa membayar GST kepada Kerajaan Pusat, sungguhpun Kerajaan Negeri hanya memajukan projek untuk kepentingan awam dan bukan berorientasi keuntungan perniagaan.

“Pelaksanaan GST menyaksikan penurunan ekonomi bukan sebanyak 20 peratus seperti yang dijangka, tetapi menurun kepada 40 peratus hingga 50 peratus betul-betul meninggalkan impak yang besar kepada rakyat.

“Keadaan menjadi bertambah teruk apabilamata wang ringgit turun mencecah paras terendahnya dalam tempoh sembilan tahun iaitu sebanyak 25 peratus.

“Kedua-dua MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) terpaksa menanggung RM16.3 juta yang sepatutnya dibayar oleh rakyat,” tegas beliau.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);