Lebih 3,000 hadiri rumah terbuka Aidilfitri

MERIAH… Lebih 3,000 tetamu hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid dan Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Abdul Halim Hussain di Dewan Balora Mastika, Balik Pulau di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah antara tetamu jemputan kehormat yang hadir di samping beberapa pemimpin tempatan.

Pelbagai juadah enak disajikan antaranya ketupat, lemang, nasi himpit, rendang, kuah kacang, sate, laksa, nasi beriani dan durian.

Kanak-kanak yang hadir turut menerima duit raya sumbangan Halil Sabri dan Abdul Halim.

} else {