KM gembira rakyat kuasai Kerajaan Negeri hingga DUN bubar

Admin
KEPIMPINAN negeri daripada pelbagai peringkat meraikan istiadat pembubaran DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
KEPIMPINAN negeri daripada pelbagai peringkat meraikan istiadat pembubaran DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
KEPIMPINAN negeri daripada pelbagai peringkat meraikan istiadat pembubaran DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang diumum bubar pada 5 April lepas berlangsung dalam suasana penuh harmoni.

Pemangku Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau bersyukur kerana tadbir urus Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas dilakukan secara penuh demokratik, integriti serta menjunjung kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, rakyat berhak untuk mempertahan mandat Kerajaan Negeri yang sedia ada melalui kuasa undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

“Di Pulau Pinang, rakyat tidak lagi takut sama Kerajaan Negeri macam dulu (sebelum Mac 2008). Sekarang, Kerajaan Negeri yang takut kepada rakyat.

“Kami (Pakatan Rakyat, PR) percaya bahawa banyak lagi yang boleh dicapai.

Jika anda dapat rasakan dalam lima tahun ini bahawa Pulau Pinang telah mencatat prestasi yang baik, maka pastinya lima tahun yang akan datang akan menjadi lebih baik,” ujarnya depan hampir 300 pemimpin pelbagai peringkat di Komtar di sini.

KETUA Menteri mengetuai Majlis Penyerahan Semula Kereta Rasmi Kerajaan Negeri sambil ditemani barisan Exco.
KETUA Menteri mengetuai Majlis Penyerahan Semula Kereta Rasmi Kerajaan Negeri sambil ditemani barisan Exco.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Prof Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), pemangku Exco Kerajaan Negeri serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain turut meraikan istiadat pembubaran berkenaan.

Menurut Guan Eng, amalan integriti politik telah menyebabkan pentadbirannya berjaya meningkatkan aset negeri sebanyak 50 peratus atau RM400 juta daripada RM800 juta pada tahun 2008 kepada RM1.2 bilion sekarang.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri selama lima tahun ini turut berjaya mencatatkan pelaburan RM36.1 bilion, iaitu 100 peratus berbanding RM18.7 bilion bagi tahun 2003 hingga 2007.

TUAN Yang Terutama Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (dua dari kiri) menunjukkan watikah pembubaran DUN.
TUAN Yang Terutama Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (dua dari kiri) menunjukkan watikah pembubaran DUN.

Itu, tidak termasuk inisiatif Kerajaan Negeri memperkenal program sumbangan emas untuk warga emas, pelajar, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan banyak lagi sejak tahun 2008 yang menelan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri berjaya menghapuskan kemiskinan berdaftar dengan mencukupkan pendapatan isi rumah rakyat RM770 tiap-tiap bulan, melepasi garis kemiskinan RM763 sebulan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berjaya membina hampir 4,000 unit rumah mampu milik sejak tahun 2008, manakala, 9,000 unit lain dibina oleh pihak swasta.

“Kerajaan Negeri melalui PDC bercadang untuk membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit daripada pihak swasta,” tegasnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut melahirkan rasa kesal dengan layanan dingin Kerajaan Pusat kerana menolak hasrat Kerajaan Negeri membayar RM10 juta tiap-tiap tahun demi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh Pulau Pinang.

Ekoran itu katanya, Kerajaan Negeri terpaksa mencadangkan pembinaan beberapa lebuhraya serta sebuah terowong bawah laut bagi penyuraian trafik kenderaan di sini pada masa depan.

“Kami tidak mempunyai banyak pilihan, tetapi, terdesak untuk melaksanakan projek RM6.3 bilion bagi meleraikan trafik melalui tiga lebuhraya, (iaitu) daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Prsiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth, tegas beliau.

Tuntas itu, beliau yakin bahawa rakyat bersedia memberi mandat sekali lagi untuk mempertahan Kerajaan Negeri yang sedia ada ini atas semua rekod kecemerlangan yang dicapai sejak lima tahun lepas.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow (barisan depan, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama barisan media.
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow (barisan depan, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama barisan media.