KM harap Liga Karom 2018 pupuk keyakinan persatuan belia setempat anjur acara lebih besar kelak

PADANG KOTA – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berharap Persatuan Belia Jalan Kedah (PBJK) pada masa depan dapat menganjurkan liga karom yang lebih besar berbanding hari ini.

Baginya, kejayaan menganjurkan liga pada hari ini wajar memupuk keyakinan terhadap persatuan belia tempatan untuk mengadakan lebih banyak lagi acara komuniti.

“Sekiranya acara yang kecil begini boleh dianjurkan dengan berjaya, maka ini akan memberikan keyakinan kepada belia untuk menyahut cabaran menganjurkan acara yang lebih besar pada masa akan datang.

“Mungkin belia di sini dapat mengembleng tenaga pada masa depan untuk menganjurkan pertandingan liga karom yang lebih besar di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota pula,” ujar Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Tanjong.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian dan Penutupan Liga Karom 2018 di Flat Jalan Kedah, di sini pada 23 September 2018.

Difahamkan, Pertandingan Liga Karom 2018 julung kalinya dianjurkan PBJK.

Hadir sama, Pengerusi PBJK, Daud Mustaqim dan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Kedah, Abdul Wahab Shaikh Mydin.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN