KM, Internet Alliance bincang prospek Revolusi Perindustrian 4.0 Pulau Pinang

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat 20 perwakilan Internet Alliance (IA) di pejabatnya, Komtar pada petang 20 Julai 2018.

Dalam sesi dialog hampir sejam, mereka mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan program insentif, polisi serta kerjasama strategik berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0, demi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang.

Difahamkan, IA atau lebih dikenali sebagai Persatuan Hubungan Internet Selangor dan Kuala Lumpur adalah pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan, yang ditubuhkan pada tahun 2010.

Rata-rata ahli perwakilan IA berkenaan adalah terdiri daripada pemain berkaitan sektor perkhidmatan atas talian (internet), analisis data besar, laman web, e-dagang dan pengkomputeran awan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN