KM terima kunjungan hormat Pengarah JPPH Pulau Pinang

Admin

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Pulau Pinang (JPPH), Amran Mat Yaacob mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat pejabatnya di sini pagi ini.

Kunjungan yang berlangsung hampir 20 minit itu turut dihadiri Pegawai Penilaian Kanan JPPH George Town, Siti Noraziah Ahmad dan Rozana Zakaria (Pegawai Penilaian Kanan JPPH Seberang Perai).

Pada pertemuan tersebut, Kon Yeow dan Amran saling bertukar-tukar pelbagai perspektif pandangan dan cadangan berhubung perkhidmatan negeri.

Amran merupakan Pengarah JPPH Negeri Kedah sebelum dilantik pada 6 Mei lalu ke Pulau Pinang bagi jawatan yang sama.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALVIE CHENG