KM terima kunjungan hormat Pengarah SPRM Negeri

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah di pejabatnya di Komtar pada petang 2 Ogos 2018.

Wan Ramli memberitahu, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, SPRM negeri menerima 155 informasi berkaitan rasuah berbanding 210 maklumat dalam tempoh sama pada tahun 2017 di negeri ini.

“Secara umum, kes aduan yang diterima oleh SPRM turun 24 peratus.

“Kami (SPRM) berharap kempen-kempen cegah rasuah seperti GERAH (Gerakan Revolusi Anti Rasuah) dan IBR (Ikrar Bebas Rasuah) dapat sokongan langsung Ketua Menteri sendiri,” jelasnya kepada Kon Yeow.

Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri, Awangku Ahmad Taufik Putra turut sertai kunjungan hormat itu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ALISSALA THIAN