KM terima kunjungan hormat PENKUA

GEORGE TOWN – Persatuan Penternak Akuakultur Pulau Pinang (PENKUA) hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat pejabatnya di sini.

Pertemuan tersebut berlangsung hampir 45 minit sambil bertukar-tukar pelbagai perspektif pandangan dan cadangan berhubung industri akuakultur negeri.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.

Delegasi berkenaan diketuai Pengerusinya, Dato’ Goh Cheng Liang.