KM terima kunjungan hormat Presiden Persatuan Tongkat Putih Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Tongkat Putih Pulau Pinang, Swarn Singh di pejabatnya di Komtar.

Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri turut sertai majlis pertemuan tersebut, 17 Ogos 2018.

Pada pertemuan kira-kira 30 minit, Swarn mengenakan tiga proposal cadangan, salah satunya adalah hasrat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memperkuasa kemahiran serta peluang ekonomi membabitkan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI