KM ziarah keluarga mangsa ke-10 meninggal dunia akibat denggi

MACHANG BUBUK – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini melawat mangsa kematian akibat denggi yang ke-10 di negeri ini, sejak bulan Januari lepas.

Katanya kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman keluarga mendiang Lim Hye Huat, 48, di Taman Sri Kijang dekat Alma di sini.

“Jika air bersih bertakung walau satu sudu pun, nyamuk Aedes boleh membiak.

“Tiga hari demam, beliau (Hye Huat) sudah meninggal dunia, itu tempoh yang paling pendek sekali,” katanya di sini.

Justeru, Guan Eng mengulangi gesaan supaya rakyat segera mendapatkan rawatan doktor apabila demam, serta membersihkan kawasan kediaman masing-masing demi mencegah pembiakan Aedes.

Beliau turut menyampaikan sejumlah sumbangan kepada balu mendiang, Ng See See, 48, sambil diiringi 3 anak.

ADUN Bagan Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut sertai majlis tersebut.

Sebanyak 10 kes kematian akibat denggi direkodkan sehingga 10 Mac tahun ini, berbanding 19 kes kematian sepanjang 2015.

}