KN alu-alukan syarikat francais ke P. Pinang – Rashid

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI

PANTAI JEREJAK – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berharap iklim ekonomi dunia yang kian mencabar kebelakangan ini tidak akan memberi kesan berantai yang teruk kepada perkembangan industri francais di Malaysia.

Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak juga berharap lebih banyak syarikat francais tempatan dan antarabangsa datang melabur di Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri sememangnya mengalu-alukan kedatangan syarikatsyarikat francais ke Pulau Pinang, di samping memperkembangkan ‘public private partnership’,” ujarnya pada penganjuran Seminar Francais 4.0 oleh ASEAN Retail-Chains and Franchise Federation (ARFF) di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden ARFF, Datuk Richard Koh. Menurut Mohd. Rashid, ketika ini, begitu banyak industri francais tempatan menempa nama di persada antarabangsa, antaranya rangkaian restoran Marry Brown.

Justeru, beliau yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat turut memuji inisiatif penganjur seminar memberi tunjuk ajar kepada penggiat baru di sini, seperti konsep program mentor.

“Saya berharap usahawan muda termasuk yang berbangsa Melayu supaya memberanikan diri menempuhi industri francais, yang masih mempunyai prospek perniagaan baik di negeri ini,” serunya.

Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada penghujung bulan Julai lalu dilaporkan memberitahu bahawa industri francais terus berada pada laluan pertumbuhan yang kukuh berdasarkan perkembangan sebanyak 15 hingga 20 produk francais baharu di dalam dan luar negara, walaupun iklim ekonomi yang mencabar.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);