KN PR sentiasa pegang janji

Admin
SALAH seorang penerima sumbangan berkongsi pengalaman dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan Jagdeep Singh Deo (belakang kiri, berbaju kuning) dan Koid Teng Guan (hadapan, dua dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan di Kampung Kebun Lama di sini baru-baru ini.
SALAH seorang penerima sumbangan berkongsi pengalaman
dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan Jagdeep Singh Deo
(belakang kiri, berbaju kuning) dan Koid Teng Guan (hadapan, dua
dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan di Kampung
Kebun Lama di sini baru-baru ini.

DATOK KERAMAT“Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berpegang pada janji,’’ tegas Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng ketika berucap di perkarangan Masjid Kampung Kebun Lama, Jalan Terengganu di sini baru-baru ini.

Katanya, tidak seperti kerajaan sebelum ini yang menabur 1,000 janji, kini tinggal 1,000 dalih.

“Misalnya pembinaan rumah mampu milik yang tidak terlaksana sungguhpun terdapat desas-desus yang menyatakan Barisan Nasional (BN) memang nak bina.

“Semuanya tidak benar,” ujarnya bersempena Program Mesra Rakyat Parlimen Jelutong di sini.

Lawatan Ketua Menteri ke Kampung Kebun Lama adalah sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke Parlimen Jelutong. Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan 20 buah kerusi roda dan meninjau projek pelebaran Sungai Pinang di sini.

Turut serta Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo; ADUN Sungai Pinang, Koid Teng Guan dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Tambah beliau, perhatian Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat diteruskan dengan kesinambungan program-program seperti Program Penghargaan Warga Emas, Program Anak Emas, program bantuan kepada ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) serta program-program pembasmian kemiskinan.

“Pelbagai program kebajikan adalah hasil inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2015.

“Malah, kita (Kerajaan Negeri) juga ada menubuhkan Pusat Dialisis CAT yang memberi rawatan kepada pesakit dengan harga subsidi RM30 bagi setiap dialisis. Pada tahun ini (2012), Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta bagi menanggung kos operasi dan subsidi rawatan tersebut,” nyata Guan Eng

ANTARA penduduk yang hadir bersempena Program Mesra Rakyat Pucuk Pimpinan Kerajaan Negeri Parlimen Jelutong.
ANTARA penduduk yang hadir bersempena Program Mesra
Rakyat Pucuk Pimpinan Kerajaan Negeri Parlimen Jelutong.