Kon Yeow ambil berat soal gabungan parti tertentu usaha bentuk Kerajaan Persekutuan

Admin

GEORGE TOWN – Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa beliau turut ambil berat dengan perkembangan terbaru politik tanah air selagi perlumbaan mewujudkan ‘gabungan tambahan’ yang melibatkan pemimpin parti politik tertentu dalam membentuk Kerajaan Persekutuan belum berakhir kini.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan memberikan reaksi tersebut kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, seusai pembentangan Bajet 2023 Negeri di sini pada 21 November 2022.

“Ada pelbagai reaksi daripada pengundi, (salah) satu reaksi adalah takut akan gabungan tertentu yang menjadi Kerajaan Persekutuan, saya mendengar suara-suara sedemikian.

“Semua tertakluk kepada keputusan parti sebab telah ada undang-undang (di samping) ketetapan dalam bentuk keputusan rasmi parti nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Yang Dipertuan Agong bertitah memberi pelanjutan tempoh satu hari lagi untuk kedua-dua Pengerusi PH dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi membuktikan dakwaan masing-masing iaitu mempunyai cukup kerusi Ahli Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

PRU15 menyaksikan PH mempunyai jumlah kerusi Ahli Parlimen paling banyak iaitu 82 kerusi, namun untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.